Skip to main content
Recent Posts
1
Berita & Pengumuman / Pemulihan Server
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Seperti yang telah para pengguna budiman sedari, server bagi laman ini telah tergendala sejak beberapa hari yang lalu. Ia berpunca daripada kerosakan partisyen utama server yang mengandungi data2 berkaitan laman ini dan selainnya. Laman ini kini diletakkan di bawah server kedua sementara kerja2 pemulihan server utama giat dijalankan. Harap maklum.
2
Berita Dan Pengumuman / Pemulihan Server
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Seperti yang telah para pengguna budiman sedari, server bagi laman ini telah tergendala sejak beberapa hari yang lalu. Ia berpunca daripada kerosakan partisyen utama server yang mengandungi data2 berkaitan laman ini dan selainnya. Laman ini kini diletakkan di bawah server kedua sementara kerja2 pemulihan server utama giat dijalankan. Harap maklum.
3
Jom Bersembang / Terima kasih kerana mendaftar di sini
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Alhamdulillah... Terima kasih buat semua yang mendaftar di sini. Sekiranya berkelapangan, menfaatkanlah ruangan yang ada untuk mengikat dan memperbaiki semula hubungan silaturrahim yang mungkin sudah lemah dan uzur. Walaupun ada banyak platform anda yang lain di luar sana, baik di FB atau di Whatsapp dsb, diharapkan, anda semua sudi meraikan forum Alumni Maahad Ahmadi Negeri Sembilan ini.

Banyak kaedah yang baik dan bermenafaat ada tersedia oleh perisian forum ElkArte yang berasaskan SimpleMachine ini yang mana saya sendiri menulis kod-kod ubahsuai bagi kedua2 perisian ini. Antara ciri yang tiada dalam FB atau chat ialah quote atau ungkap kata2 yang hendak dijawab secara spesifik.

Makluman pula berfungsi memaklumkan anda sekiranya ada suka (like) atau jawapan, begitu juga dengan mesej yang akan memaparkan notis sekiranya ada mesej yang anda terima secara peribadi daripada rakan2 yang lain.

Pun begitu, yang lebih penting lagi, projek di bawah domain sch.my ini sedang digerakkan ke arah nasional yang mempunyai servernya yang tersendiri bagi menyokong pengguna yang lebih ramai.

Sekali lagi, terima kasih kerana mendaftar di sini dan diharap anda semua mengambil peluang dan menfaat daripadanya seberapa banyak yang boleh.

Wassalam.
4
Berita & Pengumuman / Server Baru
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Alhamdulillah. ElkArte Malaysia kini sudah berjaya dipiindahkan ke server yang baru. Para pengguna digalakkan menguji kemampuan server yang baru ini sama ada dengan membuat pertanyaan atau mendapatkan bantuan dan pertolongan mengenai perisian ElkArte ini atau mengenai perkara lain di ruangan2 yang disediakan. Sila berikan maklumbalas dan komen anda sekiranya ada. Terima kasih.
5
Berita Dan Pengumuman / Server Baru
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Alhamdulillah. ElkArte Malaysia kini sudah berjaya dipiindahkan ke server yang baru. Para pengguna digalakkan menguji kemampuan server yang baru ini sama ada dengan membuat pertanyaan atau mendapatkan bantuan dan pertolongan mengenai perisian ElkArte ini atau mengenai perkara lain di ruangan2 yang disediakan. Sila berikan maklumbalas dan komen anda sekiranya ada. Terima kasih.
6
Ilmu & Nasihat / Memuliakan OKU Rahsia Kejayaan Islam
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Allahu Allah. Berita Sinar Harian mengenai penganiayaan kepada OKU sebegitu rupa sangatlah menyayat hati. Dulu satu kes dan ini satu kes lagi. Kejahilan nampaknya semakin berleluasa dan menguasai umat Islam sehingga tergamak melakukan perkara zalim seperti ini.

Baru semalam saya berkesempatan berbual2 dengan bekas orang kuat di Petronas dan anak bongsunya yang baru menamatkan tesis pengajiannya mengenai kelemahan ilmu, kekurangan kesedaran dan ketidak fahaman orang ramai terutama orang Islam mengenai kepentingan OKU dalam mencapai kejayaan atau kecemerlangan dalam hidup.

Dalam perbincangan 'kopi' tika minum petang itu, saya sempat juga mengulas surah 'abasa dalam konteks kewajipan endah dan peduli kepada OKU sebagai salah satu asas utama bagi meraih dan mencapai kejayaan dalam apa2 juga bentuk perjuangan.

Baik kejayaan pelajaran, dakwah, kerjaya sehinggakan kepada perniagaan, kita sememangnya perlu merujuk kepada Al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW mengenai syarat2nya kerana Al-Quran adalah GPS kita manakala hadith2 pula adalah manual penggunaannya.

Ketika Rasulullah SAW diperintahkan oleh Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, Baginda lantas menjemput dan mengumpulkan sekelian pembesar dan hartawan Arab terutama Quraisy dalam rapat umum terbesar dan julung2 kalinya, bertempat di kaki bukit sofa.

Bagaimanapun, diskusi Baginda SAW dalam membina keyakinan dan meraih sokongan para pembesar dan hartawan Mekah, semasa rapat umum itu, telah terganggu oleh seorang OKU penglihatan bernama Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang telah datang menyatakan sokongannya dengan meminta Baginda SAW mengajarkannya dengan Islam.

Setelah mendengar permintaannya, Rasulullah SAW telah bermasam muka kerana merasa sangat terganggu dan berpaling daripadanya bagi meneruskan usaha dakwahnya kepada para pemuka Quraisy yang hadir dalam rapat umum itu.

Hakikatnya, Allah SWT mahu menyedarkan Nabi Muhammad SAW dan mengajarkan kepadanya bahawa Islam ialah agama yang sangat menitik beratkan dan menjaga keperluan dan kebajikan golongan bawahan, lemah dan kurang upaya pada setiap masa dan ketika.

Bahkan menyantuni golongan bawahan, lemah dan kurang upaya adalah sebab keberkatan, rahmat dan pertolongan Allah SWT kepada apa2 juga bentuk perjuangan baik daripada segi agama, politik mahupun perniagaan.

Dengan itu Allah SWT menurunkan nasihat dan teguran buat Rasulullah SAW yang perlu diimani dan dijadikan panduan seluruh umat Islam seperti yang tercatat dalam surah 'abasa ayat 1-16.

Mafhumnya: "Nabi Muhammad SAW telah bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali si buta itu ingin membersihkan dirinya (dari dosa dan noda). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (yakni para pembesar dan hartawan Mekah). (Sibuk pula) kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia (para pemuka Quraisy itu) tidak membersihkan diri (yakni mereka belum tentu mahu beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan. Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah dia akan memperhatikannya (mengkaji). Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para penulis (malaikat). Yang mulia lagi berbakti." (‘Abasa: 1-16)

Imam Al-Qurtubi di dalam tafsirnya menukilkan perkataan Imam as-Thauri yang berkata: "Adalah Nabi Muhammad SAW selepas berlakunya peristiwa ini, apabila Baginda SAW melihat Ibnu Ummi Maktum, Baginda SAW akan segera membentangkan kain selendang baginda untuk beliau (duduk), seraya berkata: 'Selamat datang kepada insan mulia yang Tuhanku menegurku kerananya.' Seterusnya baginda akan bertanya (menyemak keperluannya): 'Apakah tuan ada sesuatu keperluan?' "

Dengan Nabi Muhammad SAW berubah tidak lagi memandang rendah atau mengenepikan golongan OKU bahkan mengutamakan dan menjaga keperluan dan kebajikan mereka, perjuangan Islam semakin diberkati, dirahmati dan senantisa beroleh pertolongan dan bantuan Allah SWT sehingga beroleh kemenangan daripada semasa ke semasa.

Baginda SAW juga pernah melantik Ibnu Ummi Maktum RA sebanyak dua kali sebagai pemangku baginda mengimami solat umat Islam Madinah ketika ketiadaan baginda kerana menyertai peperangan.

Perbetulkan kembali persepsi dan pendirian diri kita mengenai golongan OKU sebagaimana Nabi Muhammad SAW menerima didikan Allah SWT dan mengubah persepsi dan pendirian Baginda SAW mengenai golongan OKU ini.

Tolonglah. Janganlah diabaikan apatah lagi dianiayai golongan OKU dan keluarga mereka yang lemah lagi memerlukan ini. Bantulah mereka daripada semua bantuan yang termampu dan terdaya.

Muliakanlah dan didiklah golongan OKU ini sebagaimana Allah SWT dan RasulNya telah memuliakan dan mendidik mereka sehingga mereka mampu menjadi berdikari dan menjadi pembantu, pendokong dan pemimpin agama.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Allahu a'lam.
7
Ilmu & Nasihat / Persoalan Syahadah
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Sambil duduk makan beramai2 selepas ceramah Maulidur Rasul beberapa minggu lepas, saya berbual2 dengan seorang sahabat karib daripada UIA. Beliau yang amat saya hormati adalah rakan sebilik dengan saya selama dua tahun lebih.

Beliau memang sengaja datang untuk bersama2 meraikan Maulidur Rasul di tempat itu dan telah meminta saya peta dan cara untuk datang ke situ.

Seorang yang sangat budiman dan berbudi pekerti tinggi selain zuhud, suka merendah diri dan tawadhuk. Jika tidak silap saya, beliau berketurunan Tokku Paloh.

Daripada beliau, saya tertarik untuk mengenali ilmu Silat Seni Gayong secara lebih mendalam dan atas dorongan dan sokongannya juga saya dapat maju dalam ilmu persilatan itu. Bahkan saya juga dapat menguasai ilmu permainan pedang yang disusun dan diatur oleh beliau.

Pencapaian saya amatlah biasa tetapi saya sangat suka bersamanya apabila ada kesempatan dan peluang kerana beliau antara sedikit kelompok insan yang saya boleh berbual mengenai ilmu, kefahaman dan amalan agama tanpa ada merasa janggal dan kekok.

Sambil berbual2 tiba ada insan yang agak pelik tertarik perhatian kepada kami. Memang kadang2 kita berjumpa dengan manusia yang kita rasa pelik sebegini, bertanya soalan2 pelik seperti apa yang berlaku kepada saya semasa saya makan sambil berbual2 dengan sahabat saya.

Barangkali insan tersebut terdengar perbualan kami setelah seorang sahabat yang turut ada bersama, tuan Jaiya Abu, memperkenalkan kami kepada beberapa orang kenalannya yang lain yang datang ke meja kami.

Sebaik mengetahui saya bekas pelajar UIA yang mengambil jurusan undang2 dan shariah, beliau membuat pernyataan dan bertanya soalan. Soalnya, "Untuk menjadi saksi kita perlu melihat, jadi, kalau kita bersyahadah, tapi kita tidak melihat Allah SWT, bagaimana?"

Soalan sebegini bukan tidak boleh terus dijawab, tetapi harus melihat kepada orang yang bertanya, sesuai atau tidak diberikan jawapan terus atau sebaliknya secara kinayah atau kiasan sahaja. Kadang2 kita perlu membuatkan yang bertanya berfikir semula.

Bersungguh2 dia mengulang2 tanya, sehinggalah akhir saya memutuskan untuk menggunakan kaedah kiasan sahaja. Lalu saya ingatkan beliau akan kisah Nabi Musa AS yang bersungguh2 hendak melihat zat Allah SWT tetapi gagal kerana tidak layak bagi beliau untuk melihatNya secara berdepan.

Insan tersebut kelihatan tidak berpuashati, dan cuba menginterpretasikan ayat tersebut. Saya sekadar mendengar dan membiarkan, sambil sekala-sekala menyambung perbualan dengan sahabat karib saya dan rakan2 lain.

Kemudian beliau mengulangi bertanya lagi tentang kedudukan syahadah tersebut sama ada sah atau tidak. Saya bawakan pula hadith Islam, Iman dan Ihsan dan menyebut apa yang Nabi sebut tentang Ihsan yakni beribadah seperti melihat Allah SWT tetapi sekiranya kita tidak dapat melihat Allah SWT, sentiasa sedar dan yakin bahawa Allah SWT itu melihat kita.

Perbualan berakhir di situ apabila dia mengundur diri dalam keadaan masih tidak berpuashati. Mungkin cara saya menjawab agak acuh tidak acuh sahaja. Mungkin.

Tetapi selain jawapan2 di atas ada jawapan lain yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud, "Tiada penglihatan mata yang mampu melihat Allah SWT, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui setiap mata yang melihat, kerana Allah SWT itu adalah Maha Halus dan Maha Mengetahui."

Seperkara lagi, ayat2 Allah yang menjadi bukti2 dan tanda2 kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT itu bukan sekadar dalam Al-Quran sahaja, kerana ia termasuk kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, bulan, bintang dan matahari, kepelbagaian makhluk, perbezaan bangsa dan sifat manusia dsb.

Sekiranya kita ikhlas mengenali Allah SWT, kita sentiasa sedar dan merasai kewujudan Allah SWT melalui2 ayat2nya yang begitu banyak dan meluas. Ini termasuklah qadak dan qadar yang telah ditetapkan dan dilaksanakanNya buat kita dan sekelian alam.

Beberapa para Nabi ASWS juga begitu diberi hidayah oleh Allah SWT melalui jalan hidayah "ayat2"Nya yang meluas dan pelbagai sehingga mereka beriman kepada Allah SWT dan diangkat menjadi Nabi.

Penyaksian awal memang biasanya agak lemah terutama apabila kita mewarisi Islam dan bukan memeluknya dengan ilmu. Sebaliknya, dengan adanya ilmu, penyaksian kita menjadi lebih baik dan sempurna apabila kita menjadi lebih baik dan konsisten dalam beramal ibadah dan beramal soleh.

Beramal kerana kita sedar kita ini hanyalah sekadar seorang yang faqir, tercela lagi serendah2 hamba kepada Allah SWT. Inilah kesedaran kita yang perlu sentiasa ada dalam jiwa supaya hidup kita menjadi ibadah yang lebih bermakna.

Barangkali yang lebih arif dengan Allah lebih mengetahui cara dan kaedah terbaik menjawab soalan pelik begitu. Pun begitu, alhamdulillah, saya bersyukur masih lagi dihidupkan dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Semoga Allah menambahkan lagi ilmu dan kefahaman kita semua sehingga kita mampu menjadi bertambah kuat dan istiqomah dalam beramal ibadah mendekatkan diri kepadaNya yang Maha Esa.

Allahumma yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair. Amin.

Allahu a'lam.

Nota: Maaf kerana saya suka menulis panjang. Semoga ada menfaatnya.
8
Ilmu & Nasihat / Bersalaman Dengan Bukan Muhrim
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Membaca berita ini, fikiran saya melayang2 ke sekitar tahun 1999 @ 2000. Saya tak pasti sama ada saya masih pelatih dalam kamar (chambering) atau baru menjadi peguam pada ketika itu.

Yang pastinya, pada masa itu ofis saya berada di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur di blok bangunan terakhir sebelum simpang Jalan Raja Chulan ke Bukit Bintang (sebelum menara Maybank).

Petang itu kami sepejabat dijemput menghadiri pejabat firma guaman yang berjiran dengan kami. Meraikan seorang peguam wanita senior yang bakal menjadi ahli politik besar, kata mereka.

Petang itu, seperti dijanjikan, beliau hadir. Kami pun bergegas ke pejabat jiran kami dan masing2 mengucapkan tahniah sambil berjabat tangan.

Saya dengan selamba hanya mengucapkan tahniah sambil menundukkan sedikit kepala sahaja sebagai tanda hormat. Mungkin iman saya tengah kuat masa tu. :)

Situasi itu terasa janggal bagi peguam wanita tersebut dan riak wajahnya terlihat dikawal dengan segera.

Kemudian, beliau bertanya, "Graduate UIA ya?" Saya hanya mengangguk sahaja. "Saya pun belajar di UIA," katanya lagi. "Puan graduate UIA jugak ker?" spontan saya bertanya.

"Eh bukanlah. Saya masih belajar di situ. Diploma Shariah In Legal Practise. Dah lama daftar tapi masih tak sempat nak ikuti kelas. Sibuk sangat."

"Dah berapa lama puan?" saya menyambung soalan. "Dalam empat tahun dah," jawabnya lagi. "Ho..," jawab saya acuh tak acuh.

"Nak tanya sikit kenapa tak bersalam? Saya ni dah berumur. Pangkat makcik jer ni. Tak apakan kalau bersalam dengan saya? Lagipun awak ni muda dan saya anggap macam anak2 saya jer," tiba2 dia menunjukkan skil guaman dan politiknya.

Terkasima saya sekejap. Saya ingatkan 'dah selesai isu salam menyalam tu tadi. Saya hanya tersengih sahaja.

Saya diselamatkan oleh beberapa orang yang mencuit dan menarik perhatian beliau untuk berbual. Mungkin ada lagi beberapa peguam yang masih belum bertegur sama dan beramah mesra dengannya.

Dan saya cepat2 keluar melarikan diri balik ke ofis. Selamatkan diri. Hihihi. ;)

Beliau pernah merasmikan program Rakan Muda Wajadiri di UIA yang manasaya sendiri ada terlibat secara tidak langsung. Beliau perlahan2 naik dan akhirnya pernah menjawat jawatan Menteri.

Tetapi akhirnya, oleh kerana projek fidlot nasional yang diamanahkan kepada keluarga beliau telah mengalami kegagalan dan rakyat bangkit mempersoalkan isu ini, beliau akhirnya mengundur diri daripada jawatan Menteri tersebut.

Kita semua tahu hukumnya, cuma berapa kuatkah iman kita untuk mengelakkannya atas dasar taqwa kepada Allah dan bukannya kepada makhluk.

Sekiranya ada di antara kita yang terlanjur hatta sekadar bersalaman dengan bukan muhrim, maka wajiblah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Iman itu juga boleh jadi bertambah dan berkurang kekuatannya. Justeru kita perlu menambaik ilmu dan amal serta memperkasakan keduanya bagi kelangsungan kekuatan iman.

Yang paling penting, binalah keikhlasan dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi, wa sohbihi, wa barik, wa sallim.

Allahu a'lam.

Peringatan: Menfaatkan baki hari Jumaat kita dengan memperbanyakkan amal soleh.
9
Ilmu & Nasihat / Viral Malam Jumaat
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Hari ini sangat popular dengan pos2 yang menggunakan nama malam hari esok.

Awasi pos2 sendiri walaupun sekadar bersama2 kawan2 rapat di whatsapp dan telegram.

Pos gambar2 wanita yang seksi, tidak menutup aurat dengan sempurna atau yang bertabarruj adalah haram dan menjadi "sunnah" yang buruk.

Maksudnya mereka yang sebarkan akan dapat dosa daripada pos mereka sendiri dan jika pos itu terus diviralkan.

Na'uzu billahi min zalik. Semoga kita berhenti dan terhindar daripada perbuatan buruk seperti ini.

Ya Allah! Ampunkanlah dan kasihanilah kami, kedua ibubapa, guru2, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Muhammad  SAW.

Ya Allah! Tetapkanlah hati2 kami dan bantulah kami pada agamaMu, mengingatiMu, mensyukuriMu, menta'atiMu dan menambaik baik amal ibadah kami buatMu.

Selawat, salam dan berkat yang berpanjangan selama2nya buat RasulMu, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan yang mengikuti jejak langkah sehingga ke hari pembalasan.

Segala bagi Allah, tuhan sekelian 'alam.
10
Jom Bersembang / Jom bersembang di sini
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Salam.

Saya nak ajak semua adik2 dan abang2 bersembang di sini. Tak perlu dibuang grup2 chat yang menggunakan fb atau whatsapp atau telegram. Tapi diharap agar aplikasi ini boleh dijadikan salah satu wadah selain yang biasa kita gunakan. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua.

Salam.